Saturday 17 September 2016

Sebarkan aura positif. Hati pun sonang ! Hahhh gitu

Hachuuum ! Hachuuum ! Bersin sikit. Berhabuk benar dah wall sis ni. 


Just wanna sharing some tips. Sebenarnya untuk pamduan but who knows benda ni pun boleh dijadikan rujukan untuk semua kan ? Hee


Aura positif. Hmm bauu sikit ! Ya Allah wanginya rasa. Tenang jiwa kalau selalu ada sokongan sekeliling yang positif kan ? Sis cuma nak share sikit ja. 





SENYUM 

Yess. Benda paling senang untuk positifkan diri anda adalah dengan menghadiahkan senyuman pada diri sendiri. Percaya ke tak. Pagi yang dimulakan dengan senyuman akan menyebabkan perjalanan anda pada hari tersebut lebih tenang dan positif jika dibandingkan dengan hari yang dimulakan dengan emosi yang tak menentu. Tak percaya ? Cubalah !



JADI PENENANG BUKANNYA PENENDANG

Bunyi macam kelakar bukan ? Huhu. Sedar tak kadang kadang ada antara kita dijadikan tempat sandaran untuk luahan masalah. Satu tips untuk dikongsikan. Kalau orang refer kita tu maksudkan mereka percayakan kita. Atleast, cuba jadi pendengar yang baik kalau anda tak mampu memberikan jalan penyelesaian. And ingat, bukannya jadikan kawan anda tu makin stress pulak. tak pasal pasal dapat penendang percuma. Yedak ? Huhu



JANGAN TERLALU BERHARAP KEPADA BALASAN

Ini paling penting kalau nak jadi positif. Jangan sesekali mengharapkan balasan bila kita dah tolong orang. Sis ulang. Jangan ! Hehee. Tahu sebab apa ? Sebabnya nanti korang akan timbul rasa tidak puas hati dengan rakan yang anda dah tolong. Sabar sis. Ingat satu perkara, kalau kita buat baik dengan orang InSha Allah jalan hidup kita juga akan dipermudahkan. Jadi kenapa nak mengharapkan balasan manusia ? Senyum sis ! Keep going on. Hee


HARGAI ORANG SEKELILING

Bila kita menghargai setiap perkara disekeliling kita aura positif akan sentiasa berada dengan kita. Kita akan memandang setiap kebaikan dalam setiap perkara yang terjadi. Sebagai contohnya, kenapa anda berada di sesuatu tempat ? Di universiti ? Berjumpa dengan orang yang salah ? Mengambil jurusan yang salah ? Atau anda sendiri yang bermasalah ? Hee. Sebenarnya setiap perkara yang terjadi cuba fikirkan setiap hikmah yang akan ada. Insha Allah anda akan menghadapi hari hari anda dengan tenang.


Jadi tunggu apa lagi ? Jom SEBARKAN AURA POSITIF anda ! 

Wednesday 22 June 2016

peoples change, memories don't


  they said people change, but for me, people do
nt change but they comes and go. something keeps remain. Its call memories. Thanks guys for standing and always be there if I need u. Last but not least, May Allah bless all of 19 cuties in batch 27.

Remember : Peoples change but memories dont :)


Last kursus fasilitator 2 at ayer keroh melaka with our trainee En Alwee.


complete of 19 buddies : Motivasi batch 2013


Motivators ? Maybe. Haha. At SKKDIM Simpang renggam Johor.








Friday 6 May 2016

Tips taknak bagi otak tepu.. Hurghhhh

Semester 6. Yeaappp !!! Alhamdulillah tinggal lagi dua semester. Haha

Tak sabar nak berhenti merungut. Tak sabar nak escape. Tak sabar nak tinggalkan semua yang sakit sakit. Aduhh.. Masing masing tak reti nak bersyukur. Allah dah bagi nikmat dapat merasa sakit perit sampai semester 6.

Otak tepu ? Hahaha sa;ah sendiriii.. Sebab tak reti nak jaga masa dan urusan. sebab tu duk sibuk merungut otak dah tepu.

Okayyy.. Nah tipss taknak bagi otak rasa tepu haa :




> Banyakkan minum ayaq. lagi elok Ayaq putih jernih tuu.. Kasi oksigen masuk ke otak biar segar sikit.

>Jangan duk melagha lebih dari had. Lepastu sibuk nak merapu otak tepu tak cukup nak tido.

>Tak payah nak fikir benda benda rumit sangat. Umur baru setahun jagung dah sibuk nak jaga tepi kain orang. Mana tak sakitnya otak tu berfikir. Hahaha

>Lakukan hobi yang anda gemari. Bukan hobi yang buatkan anda menyesal. Contohnya macam diri aku. Pergi ajak kawan yang suka hiking. Boleh release stress.

>Susun jadual belajar elok elok. Barulah tak kalut. Kuikuikui

>Last but not least. Jangan tinggal solat. Banyakkan berdoa, lebihkan ihsan dan yang penting sedekahkan senyuman !


Okayyy.. Cukuplah tu.. See you soon ! Assalamualaikum dunia....

Sunday 10 January 2016

Syukur kau masih disini

"Syah, cepatlah. Kami semua tunggu kau je ni !" Jerit Aimi.

Derap kaki Syah laju mengejar rakan rakannya ke pagar belakang asrama.

Hari ini merupakan hari terakhir dalam minggu cuti di asrama. Syah atau Aisyah dan rakan rakannya memang terkenal dengan perangai gangster walaupun mereka pelajar perempuan.

"Hoi, nak ke mana tu ? Dah pukul 3 pagi ni! " Jerit pengawal keselamatan yang bermisai lebat tu.

Pukul 3 beb. Pukul 3. Kantoilah. Ni semua sebab Aisyah. Harini pulak la termenung nak buat jahat ke tidak. Biasanya sekali tanya on je.

"Maaflah geng. Patutlah aku rasa tak sedap hati je nak ikut korang harini. Matilah kita kantoi dengan warden besok. Janji aku tak buat lagi dah lepas ni. " Pujuk si Aisyah pada kawan kawannya yang tak berapa nak gangster tu.

Laju sorang demi sorang daripada geng mereka lompat pagar belakang asrama tu. Kononnya nak fly untuk release tension. Tapi sekali kantoi pulak dengan pak guard yang ala-ala A.Galak. Nasiblah. Alang alang dah kantoi, Mereka teruskan jugak plan yang dah lama dirancang itu.

Hari ini, plan terbaik adalah untuk menyelinap masuk ke kedai Pak Abu. Tak lain tak bukan nak mencurilah tu. Aisyah, Aimi dan kawan kawan yang lain bukannya anak orang susah, tetapi sudah menjadi hobi kumpulan mereka yang gemar mencuri. Mungkin mereka tidak sedar yang hobi mencuri itu berdosa ? Mungkin. Hmm

Cepat-cepat mereka menyelinap masuk ke kedai Pak Abu. Nama saja perempuan, tapi bab menceroboh kedai ke, pecahkan loker asrama ke, perghh budak lelaki yang nakal pun kalah. Maklumlah dah terbiasa membuat kerja-kerja sebegini. Mereka belajar memecahkan loker pelajar lain dari tingkatan satu lagi. Tetapi ibu bapa mereka semuanya tak pernah nak tahu. Balik rumah menunduk baca buku sahaja kerjanya. Dua paket maggi, lima biji telur, milo dan pelbagai snek disoroknya ke dalam beg. Bagai lipas kudung barang-barang itu disoroknya kerana khawatir ada yang memerhati tindak tanduk mereka satu kumpulan.

Setelah berpuas hati dengan hasil tangkapan, mereka terus pulang ke asrama. Seorang demi seorang membuat aksi ala-ala stunt woman apabila melompat pagar asrama tu. Tangkas, senyap dan penuh berhati-hati kerana risau ada yang tersedar. Dalam kepala mereka, sudah tidah sabar untuk meraikan kejayaan mereka mencuri pada malam itu. haha

"Aisyaaaaaaahhh! Berdiri kamu dekat situ! Saya nampak awak! Berhenti!"

"Alamak aihh.. Kantoi pulak dah. " Ngomel Aisyah dalam hati.

Warden asrama yang paling garang di sekolah itu, cikgu Mariam. Bertahi lalat di pipi kanan dan mempunyai badan yang berisi.Sekali menjerit kerbau pun boleh pengsan. Memang sangat seram. Nasib tidak menyebelahi mereka. Aisyah dan kawan-kawannya tertangkap dengan aktivitinya malam itu.  Maklumlah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Keesokan harinya di pejabat pengetua.


"Saya dah lama mendapat aduan tentang perangai kamu semua. Selama ni saya perhatikan saja. Tapi perangai kamu semua makin lama makin melampau. Nah!  Ini surat gantung sekolah. Serahkan pada ibu bapa kamu nanti. " Kata pengetua sambil menghulurkan surat gantung sekolah.

"Emm.. Emm. Cikgu, sebenarnya ni semua rancangan Aisyah. Dia yang memaksa kami untuk mencuri cikgu" si Aimi memujuk pengetua untuk membebaskannya dengan menggunakan drama air mata.

"Aimi. Sampai hati kau Aimi. Dulu kau cakap aku kawan. Mana nilai kawan kau? " Rintih hati 
Aisyah.


Disebabkan hal itu, Aisyah telah dipindahkan sekolah dan telah terputus hubungan dengan kawan kawannya. Dia telah diberi peluang kedua oleh ayahnya untuk berubah. Semakin hari Aisyah semakin menunjukkan perubahan dari segi perangai dan pemakaiannya. Dia juga telah menunjukkan perubahan yang cemerlang dalam peperiksaan dan telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Sewaktu Aisyah sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Dia merasakan dirinya selalu diperhatikan oleh seorang lelaki berkopiah. Iras wajahnya menyerupai Nazim Othman. Manis, segak dan sejuk mata memandang  tetapi Aisyah tetap tidak menghiraukannya.

Tanpa diduga, pada peperiksaan akhir semester, Aisyah telah didatangi oleh lelaki tersebut. "Assalamualaikum saudari, saya dah lama memerhatikan saudari. Sejak kali pertama saudari ke kelas lagi. Saya rasa saya perlu berjumpa dengan ibu bapa saudari. Saya ingin menjadikan saudari seseorang yang halal dalam hidup saya. " Jujur dan telus dapat didengar dari kata-kata lelaki itu.

"Allah ! " Buku yang dipegang Aisyah terhempas ke lantai. Mungkin kerana terlalu terkejut dengan lamaran yang langsung tak dijangka. "Ya Allah, layakkah aku ya Allah ? Aku dulu bukanlah gadis yang baik. Sesuai ke aku digandingkan dengan lelaki ni?" Tembakan soalan bertalu-talu muncul dalam kepala Aisyah.

Lima tahun kemudian.

"Eh Aisyah ke ni ? Aisyaahh... Ya Allah aku tak sangka kau dah berubah. Cantiknya kau sekarang. Aisyah, aku nak minta maaf atas semua perlakuan aku dulu " Aimi datang menerpa dan memeluk Aisyah.

"Aku cantik bukan kerana rupa, tapi kerana pakaian yang telah memelihara aku dari fitnah Aimi. Aku cuba musahabah diri aku Aimi. Aku sedar, kita ni hidup tak lama pun di dunia. Semua hanya pinjaman. Buat apa kita nak sombong dengan pencipta kita. Aku bersyukur sangat sebab dikurniakan seorang suami yang memahami. Suami yang boleh membimbing aku mencari hidayah Allah. Dulu aku merangkak-rangkak mengaji tapi sekarang alhamdulillah. Ohh! Pasal hal dulu, jangan risau.Aku tahu masa tu kita semua tak mampu lagi berfikir dengan matang. Kita masih budak-budak yang baru nak celik mata kenal dunia kan ? Hehe.  Aku memang dah lama maafkan kau. Sedangkan nabi pun maafkan umat, ini pula aku je mi. " Aisyah tersenyum menyambut pelukan Aimi.

"Mama, mama ! Tengok abah ni. Taknak kawan dengan adik !  Sambil mencebikkan bibir.

"Kenalkan ini anak aku Aimi. Izara namanya." Si Izara yang bermata coklat  terpinga-pinga melihat mama dan Aimi silih berganti.

"Izara. Izara anak mama yang baik kan? Izara nak masuk syurga dengan mama dan papa kan sayang?  " Soal Aisyah dengan nada yang lembut.


"Nak mama! Nak! Izara nak pimpin tangan mama dengan papa kat syurga nanti!" Rengek si kecil Izara.

"Kalau macam tu dengar cakap mama tau sayang. Setiap perlakuan kita akan dihisab nanti tau. Tak baik buat muka, nanti Allah marah" senyum Aisyah sambil memujuk anak kecilnya yang berumur 3 tahun lalu diusap ubun-ubun kepala Izara. Wangi. Dia memandang anak kecil dan suaminya yang sedang melemparkan senyuman manis sambil mengucapkan syukur kerana telah diberikan peluang dan hidayah untuk berubah hingga menjadi seorang muslimah yang diredhai Allah.

Benarlah bahawa. Semua orang mampu untuk berubah. Senyum. Selawat dan syukur !



“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang merubah apa-apa yang ada pada diri mereka ” (QS.13:11)





*Boleh tinggalkan komen sebab ini cerpen terbaru saya. Hehe

Tuesday 15 December 2015

Tak kenal makanya nak jatuh cinta ? Eh pelissla

Orang cakap sekali tengok kalau tengok mudah jatuh cinta ? Ehh jangan gituh. Kenal la dulu.

Haha.. Banyak benda yang aku belajar bila makin ramai orang aku kenal. Subjek semester 5. Kaunseling.. Bunyi macam banyak masalah sangat kan? Eh takpun sebenarnya. Hehe


Wajah wajah coursemates bagi sesi kaunseling semester ni


Orang cakap kalau kita tak kenal. Jangan terlalu cepat buat judgement. Menyesal nanti langsung tak guna dah. Apa yang belajar satu aktiviti yang sangat menarik. Setiap seorang diberikan task untuk memerhatikan seorang dalam masa 14 minggu. You know what ? 14 Minggu tu lama kot. Lama masa tu anda langsung tak boleh recognize siapa yang jalankan misi tu pada aku. Haha


Hmm.. Rupa rupanya ramai yang anggap ni misteri.. Haha.. Rupa rupanya pada pandangan mereka aku ni jenis yang tahan yang lasak. But they do not know actually who am I. Bukannya tak pernah lemah. Cuma malas nak tunjuk. Bukan juga tak pernah rasa sakit. Cumanya jenis yang malas nak tunjuk.



Dikiri : Orang yang memerhatikan aku(Kak Fa). Dikanan : Orang yang aku perhatikan(Kak Anis)



Sifat Positif aku yang kak fa nampak ? 

Nahh.. Ni berdasarkan apa yang kakfa nampak pada diri yang kerdil ni. Seorang yang sangat berhati hati. Bukan apa we love everyone we care about everyone but we need to learn something, beware of everyone. :')  Seorang yang detail ? Hmm yang tu tak sure sebab aku macam biasa je. Mungkin sebab perangai anak sulung. Hehe. Ceria? Mudah terhibur ? Sebab itu salah satunya cara untuk aku melupakan masalah. Boleh berdiri sendiri ? Bukan macam tu tapi lebih selesa ambil masa untuk bersendiri. Ececee.. Aktif dan tahan lasak itu mungkin hehe.. Thanks kak fa and kak anis untuk hadiah yang comey lotey tu !!!


I'm not open to many people.
I am usually quiet and I don't really like attention.
So if I like you enough to show you real of me,
you must be very special 








Friday 4 December 2015

Hati batu

Bila kau sumbat telinga dengan earphone sambil layan layan lagu lagu yang kau suka. Tiba tiba crush lalu depan mata. Kau rasa ?

Haha.. Jangan nak berangan la ! Dah pesan sebelum tidur basuh kaki baru lah tak berangan bukan bukan. Hati batu oi hati batu ! Tu haa cakap kat sape lagi kalau bukan kat diri sendiri ha.

Dah masuk tahun tiga diknon oi aku kat sini. Sampai sekarang gak takda sape sape yang masuk meminang. Kau rasa ? Haa tanya lagi. Memang tak sedar diri. Kalau 24 jam kerja kau asyik nak luku kepala orang memang taklah orang nak dekat. 

Sebenarnya kepala diknon dah semak sangat lah dengan terms 'hati batu'. Siap main nak bet lagi ha kalau dapat cari calon suami sebelum grad. Sakitnya hati diknon. Ingat takde kerja lain ke nak fikir selain fikir benda alah tu? Meh nak cakap. Bukannya aku tak fikir pun nak cari calon tapi setakat yang aku kenal ni. Semua jenis main main. Haha 

Pergi kelas pakai jeans, pergi persatuan pakai selekeh. Kau ingat diknon ni pemalas sangat ke. Haha sebenarnya memang pemalas. Last nak cakap ! Aku cuma bukan hati batu cuma taknak terikat dengan mana mana manusia yang hatinya cair. Haha. See u soon ya Mr !






Aku cuma harap hangpa doakan si hati batu ni grad dengan cemerlang la ye.

Saturday 21 November 2015

Forever alone~

Mulut dah berbuih. Nasihatkan orang
Mulut dah berbuih nak cakap kau ni hati senang.

Muka dah tebal. Berlakon yang kau senang.
Muka dah tebal nak tunjuk kau happy kat semua orang.

Hmm tipu sangat. Siapa je yang nak sakitkan hati orang ? Siapa je yang suka jauhkan diri dari orang ?

Sis, Bro.. Dengar sini. Sebenarnya bila kau makin matang makin ramai orang yang tak suka.  Sebab ? Kau dah taknak kisah pada orang yang suka cakap belakang. Bila kau dah nampak jalan hidup kau nanti sebenarnya kau bakal hadap sorang-sorang. Pedih ? Perit ? Sakit ? Itulah hidup sis,bro. Nak ke taknak kena hadap jugak.

Sampai bila nak puaskan hati semua orang. Last sekali kau yang kecundang. Senyum

Makin menginjak tahun ke tahun. Makin aku belajar untuk jadi lebih dewasa. Makin terarah kepada pemerhati (Bukan Stalker ya ! )Makin aku terarah untuk menilai dengan mata kepala sendiri. Senyum lagi. Melihat telatah yang berbagai ragam. Nak menang, dikatanya orang lain perangai setan, nak menang dikatanya orang lain suka menendang. Senyum lagi. Melihat manusia yang masih kurang menilai diri sendiri. Sibuk menjaja hal orang sana sini. Sampai bila tu. Sampai bila.

Bila kau bawa cara sendiri. Dikatanya kau si misteri. Bila kau jalan sendiri dikata kau ni si hati besi.Haihh. Penatnya nak puaskan hati. Seronok lagi kau bersendiri. Hadap semua masalah kau sendiri. Memerhati dan mendoakan.

Walaupun semakin lama..... Kau semakin bersendiri. Dan akhirnyaaaa.. Kau jadi forever alone ! Haha